Latar Belakang

Tentang Kami:

a) Latar belakang Karya Bestari:

Karya Bestari merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Media Karangkraf Sdn. Bhd. Ditubuhkan pada 1978, Karya Bestari bermula sebagai penerbit buku-buku bercirikan keagamaan.

Buku-buku yang dihasilkan merangkumi kitab-kitab terjemahan dan kupasan mengenai isu-isu semasa. Kesemua huraian yang dibentang bersandarkan rujukan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah melalui kitab-kitab utama Ulama Ahl Al-Sunnah Wa Al-Jamaah. Tujuannya, agar para pembaca mendapat manfaat daripada ilmu yang murni lagi sahih.

Antara unit yang terdapat di dalam Karya Bestari:

1.    Unit Kontemporari – Menerbitkan buku-buku agama berkaitan soal jawab, siri panduan fiqh, ibadah, akidah, motivasi Islamik, travelog, sejarah, ketamadunan dan tokoh-tokoh dakwah agama di Malaysia.

2.    Unit Kitab Turath & Terjemahan – Menerbitkan buku-buku yang diterjemahkan daripada kitab-kitab muktabar yang asalnya berbahasa Arab kepada Bahasa Melayu.

 

KALENDAR
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.