MUTIARA KATA
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Iaadalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagimereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggupmenerima penderitaan.”
Berita...
Al-Quran Al-Karim Al-Haramain & Muslimah Karya Bestari
23 Julai 2013

Al-Quran Al-Haramain didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsiran para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bilma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilihan terbaik dijadikan panduan hidup.

Al-Quran Muslimah didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Dapatkan kedua-dua Al-Quran ini di pasaran & outlet Karangkraf Mall bermula hari ini dengan harga yang sangat berpatutan. Al-Quran Haramain (7 dalam 1) RM 35.00 sahaja. Al-Quran Muslimah RM 75.00 sahaja.