MUTIARA KATA
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Iaadalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagimereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggupmenerima penderitaan.”
Berita...
Imarah Masjid @ Masjid Putra Perdana, Puchong, Sepang
19 April 2013

Alhamdulillah, penganjuran pertama program Imarah Masjidbagi tahun 2013 berjaya dilaksanakan dengan usahasama Grup Buku Karangkraf,Majalah i dan Masjid Putra Perdana, Puchong, Sepang. Program yang berlangsunghujung minggu lalu, 13 April 2013 mendapat sambutan amat menggalakkan sekaligus dilihat sebagai mengulangi kejayaan 3 penganjuran Imarah Masjid tahun laluyang dijalankan di Masjid As-Salam, Puchong Perdana, Masjid As-Saadah, BandarSultan Suleiman, Port Klang dan Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai, Shah Alam.

Acara yang bermula seawal jam 9.30 pagi itu diserikan denganpelbagai pengisian yang dikendalikan oleh penulis-penulis Karya Bestaritermasuk; Kuiz Bahasa al-Quran bersama Ustaz Mohammad Nazir Mohamed Khalid,motivasi santai ‘Ayah Ibu Sentiasa Di Hati’ bersama Dr. Malina Osman, tazkirah‘Cinta Al-Quran’ oleh Sofian Resali dan demo memasak ‘Bila Ustaz Sibuk DiDapur’ bersama Ustaz Mohd Yaakub Mohd Yunus dan Ustaz Nasruddin Dasuki. Selainitu, motivasi santai bersama majalah Fokus SPM, slot Syoknya Jawi bersama SinarHarian, kuiz bersama majalah e-Baca dan sesi Reka Kraf yang dijanakan oleh unitKids@Prima turut mengisi tentatif program.

Acara pelancaran program Imarah Masjid telah disempurnakanoleh Pegawai Pejabat Agama Daerah Sepang, Tuan Hj Rahimi Abdul Aziz. Usaipelancaran, wakaf bahan bacaan turut disampaikan oleh Pengurus Kanan Komunikasidan Jenama Kumpulan Media Karangkraf, Raja Shahfaizal Raja Khairuddin kepadapengurusan Masjid Putra Perdana serta beberapa pusat sumber sekolah-sekolahterpilih.

Pada sebelah malam pula, forum Bicara Cinta Anak Muda: TanpaALLAH Siapalah Kita... yang dibarisi panel-panel; Prof Madya Mohd Nor Mamat, UstazahFatimah Syarha dan Sham Kamikaze menjadi acara yang ditunggu-tunggu pengunjungyang memenuhi pekarangan masjid sejak siang. Forum yang menampilkan Amin Idrissebagai moderator itu berakhir sekitar jam 12 tengah malam.