al-quran al-karim muslimah b5 balqis
Penulis :Al-Quran Al-Karim Muslimah
Kategori: AlQuran
ISBN : 9789678660433
Halaman: 640
Berat :960 gram
RM 90.00
SINOPSIS

Sesuai Untuk Wakaf

Al-Quran Tafsir + Terjemahan + Tajwid Berwarna

Al-Quran Al-Karim Muslimah ini mengandungi 319 Tafsir Bertema - Istimewa Untuk Muslimah. Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca.

Disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema Akidah & Akhlak sesuai bagi golongan wanita.

1) Tema HUKUM - Berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh, ayat tersebut berlaku juga pada golongan wanita.

2) Tema IBRAH – Menceritakan kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

3) Tema TOKOH WANITA – Menerangkan tentang tokoh-tokoh wanita di dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang harus diikuti atau dijauhi.

4) Tema AKIDAH & AKHLAK – Menghuraikan berkenaan akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhi akhlak tercela supaya terhindar daripada kemurkaan-NYA.

Eksklusif dibawakan 33 Pesanan Rasulullah SAW Kepada Wanita di akhir mushaf. Mushaf Al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia dengan tajwid berwarna. Khat al-Quran menggunakan penulisan Resam Uthmani. Mempunyai Panduan Tanda Wakaf dan Tanda Bacaan.

Disemak oleh Ahli Lajnah Tasheh Al-Quran KDN Malaysia dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.

KALENDAR