belajar tajwid dengan berkesan
Penulis :Muhammad Nazir Mohammed Khalid
Kategori:
ISBN : 978-983-124-661-0
Halaman: 152
Berat :200 gram
RM 19.90
SINOPSIS
Al-Quran itu membawa rahmat dan hikmah. Ia juga merupakan ungkapan ketuhanan yang memperlihatkan kebenaran serta kecantikan susunan bahasa yang teratur. Sesungguhnya ia turut memberi syafaat di akhirat kelak kepada sesiapa yang mengagungkannya.
Mempelajari hukum bacaan al-Quran adalah fardu kifayah. Maka, perelokkanlah agar setiap lafaz yang diucap itu tepat dan benar tanpa kesilapan. Mudah-mudahan kita dapat meraih ganjaran daripada-NYA kelak.

Belajar Tajwid Dengan Berkesan merupakan manual ringkas mempelajari hukum bacaan al-Quran dengan mudah. Bermula dengan pengenalan huruf, sifat-sifat huruf, tanda baca hinggalah kepada pecahan hukum tajwid yang lima dan seterusnya. Teknik penyampaian buku ini juga adalah ringkas, padat dan mudah difahami. Penggunaan empat warna menjadikan persembahan buku ini lebih menarik.

Keistimewaan buku ini:
1. Disemak oleh pemenang Akademi Al-Quran 2010 (Ustaz Ahmad Tirmizi Ali)
2. Menerangkan kesalahan yang kerap dilakukan terutamanya ketika membaca surah fatihah secara terperinci
3. Penyampaian langkah demi langkah untuk memudahkan pemahaman pembaca
4. Mengenal dan mempraktikkan hukum
5. Sesuai dipelajari oleh semua peringkat usia

TELAH DISEMAK OLEH: Ustaz Ahmad Tarmizi Ali
Pemenang Akademi Al-Quran 2010 (Imam Masjid Al-Hidayah, Kelana Jaya)
“Saya yakin dengan pengisian buku ini. Ia menjadi langkah terbaik untuk memperbaiki mutu dan tahap bacaan al-Quran bagi mereka yang tahap pemahamannya sederhana. Pendekatan potongan ayat sebagai contoh disertai teknik-teknik ringkas yang lain, menjadikan buku ini lebih mudah difahami dan dipelajari. Mudah-mudahan dengan pemahaman yang jelas dapat menjadikan al-Quran sebagai teman sekali gus meraih manfaat kehidupan bertakwa sebagai bekalan di akhirat kelak. Insya-ALLAH.”
MESTI BACA
    KALENDAR