Bukan Senang Nak Tenang
RM 26
SINOPSIS

Buku “Bukan senang nak tenang” ini berbicara soal kenapa dan bagaimana untuk mendapat ketenangan dalam hidup. Ia akan menjelaskan betapa eratnya hubungan antara ketenangan dan kebahagiaan. Ingat! kebahagiaan itu letaknya pada ketenangan hati dan ketenangan hati itu hanya dapat dicapai oleh hati yang berzikir kepada Allah.

Antara tajuk menarik:

l USAH MENGALAH DALAM MUJAHADAH
Bayangkan kita sedang menuju kepada-Nya dengan susah payah di jalan mujahadah, Allah SWT tidak akan sia-siakan perjalanan kita yang perit itu. Selangkah kita menuju Allah, seribu langkah Allah menuju ke arah kita.

l JANGAN TERLALU BANYAK ‘TUHAN’
Bila banyak 'tuhan', banyaklah hati yang perlu dijaga. Ini menyebabkan kita selalu dalam serba-salah dan inilah yang akan menyebabkan kita tidak bahagia. Orang yang begini juga sukar untuk membuat keputusan dalam hidupnya.

l ‘FULL TIME’ IBADAH
Kita manusia lemah, yang sangat memerlukan pembelaan dari Allah. Untuk itu perbanyakkanlah melakukan ibadah-ibadah sunat. Kalau Islam diibaratkan pohon kayu, maka ibadah asas itu umpama akar tunjang dan ibadah sunat itu umpama daun-daunnya.

l Dunia OK, Akhirat OK
Ingatlah, "Siapa yang menyemai angin, dia terpaksa menuai badai." Kehinaan di dunia akan menyebabkan kehinaan di akhirat. Kerana dunia ini modal, yang perlu digunakan semaksimumnya untuk mendapat keuntungan di akhirat.

FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0867-1
TARIKH TERBIT
01 Oktober 2017
MUKA SURAT
BERAT
0 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA