segelas asir di muara nil
Penulis :Ibnu Rijal
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0803-9
Halaman: 200
Berat :0 gram
RM 25.00
SINOPSIS

Buku Segelas ‘Asir di Muara Nil merupakan sebuah catatan perjalanan seorang penulis muda di bumi Mesir. Catatan perjalanan ini disampaikan kepada pembaca seolah-olah penulis sedang menulis di diarinya. Pembaca akan dibawa kembara bersama penulis menelusuri kota-kota lama dan baru di Mesir dan segala pahit manis perjalanan tersebut. 

Bab-bab di dalam buku ini disusun plot demi plot, maka pembaca akan merasakan sebuah pengalaman kembara bersama sambil ditemani rakan kembara yang mengajak pembaca berfikir mengenai ibrah dari tempat-tempat yang dilawati, serta fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan tempat tersebut.

Laras bahasa yang digunakan adalah santai, namun isi kandungan yang dibincangkan sepanjang kembara adalah bersifat analitikal dan kritikal, sesuai bagi pembaca yang sukakan kelainan dalam bacaan atau kembara. Sebagai juga seorang penulis skrip tv, maka kaedah penulis dalam menggambarkan suasana dan tempat yang dilawati kepada pembaca amatlah berkesan. Emosi pembaca akan disentuh, pemikiran pembaca akan dicabar, dan perlahan-lahan pembaca sedang dibawa ke Mesir dan merasa sendiri akan bingitnya kota Kaherah, indahnya bumi Faiyyum, serta lazatnya ‘Asir Mesir. 

KALENDAR