Nota Hati Seorang Lelaki
Pahrol Mohd Juoi
RM 28
SINOPSIS

‘Nota Hati Seorang Lelaki’ adalah gugusan kisah benar yang dirasai sendiri oleh penulis sepanjang kembara kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah. Catatan-catatan ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba disampaikan bagi pihak anda. Yakni, suara ‘hati kecil’ kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh ‘hati besar’ kita yang ego, bangga dan alpa.

Cuaca Rumah Tangga

“Bila kepahitan berlalu, manis pun datang. Kita pun berbulan madu. Kemudian, pahit datang lagi. Bulan madu berakhir seketika. Kemudian manis datang lagi, bulan madu pun berulang lagi... Begitulah seterusnya mengikut cuaca rumah tangga.”

Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan!

“Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah lepas tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka. Macam kita memandu kereta, tiba-tiba kita lepas stereng. Bayangkan!”

Jadilah Seorang Raja

Seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “Siapa kamu?”
“Saya raja,” jawab petani.
“Raja?” ujar raja itu kehairanan.
“Ya, raja pada diri saya sendiri!”

FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0797-1
TARIKH TERBIT
01 Oktober 2017
MUKA SURAT
BERAT
0 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA