the productive muslim
Penulis :MOHAMMED FARIS
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0755-1
Halaman: 224
Berat :180 gram
RM 26.00
SINOPSIS

Kita mahu jadi Muslim yang produktif, yang tidak buang masa dengan sia-sia, yang pasti, ada sumbangan untuk ummah. Tapi masalahnya, kesibukan kita menyebabkan masa berkualiti dengan keluarga, kerjaya dan masyarakat jadi tak seimbang dan kurang sempurna. Apa yang tak kena? Cara pengurusan masa kitakah? Atau ada perkara lain?
  
Buku ini ada jawapannya.

Jadi, buku ini untuk siapa?
Untuk kita yang terasa kecewa kerana gagal mencapai banyak perkara dalam hidup, atau mungkin merasakan hidup kita kurang arah. 

Untuk kita yang tahu yang kita berpotensi besar namun kekurangan produktiviti yang menghalang kita daripada mencapainya. 

Untuk kita yang berada dalam ‘pergelutan’ untuk seimbangkan antara kerjaya, pelajaran, keluarga, kehidupan sosial, dan paling penting, kewajipan agama. 

Kerana buku ini akan memberikan cara 
Bagaimana spiritualiti mampu melonjakkan produktiviti
Cara mengurus masa tidur, nutrisi dan kesihatan
Cara untuk bersosial dan bermasyarakat
Cara mengurus daya fokus ketika terganggu
Cara membina rutin yang produktif
Cara mengurus masa dan melabur untuk akhirat

Aplikasikan semua tip hebat ini supaya kita menjadi Muslim yang produktif!

KALENDAR