journey through the quran
Penulis :SHARIF HASAN AL-BANNA
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0733-9
Halaman: 604
Berat :540 gram
RM 75
SINOPSIS

Buku hebat yang diterjemah daripada karya asal Journey Through The Quran ini dibawakan khas dalam Bahasa Malaysia untuk memudahkan pembaca memahami ayat-ayat al-quran.

Setiap surah akan disertakan dengan: sejarah ringkas penurunan ayat, jumlah ayat, jenis ayat, sebab penurunan, tema, hadis yang berkaitan, ekstrak doa-doa daripada surah tersebut. Perkataan-perkataan penting juga dikeluarkan dan diterjemahkan bagi membolehkan pembaca memperkasa perbendaharaan kata bahasa Arab yang diguna pakai dalam al-Quran.  

Paling utama, setiap surah akan disegmenkan ayat-ayatnya dan perceritaannya dalam bentuk PETA MINDA!

APA YANG AKAN ANDA DAPATKAN DALAM BUKU INI?
1- KISAH-KISAH UTAMA, MESEJ-MESEJ DAN PENGAJARAN-PENGAJARAN DARIPADA AL-QURAN - Mendapat persepsi yang tepat tentang tema-tema dan intipati-intipati utama dalam al-Quran. Al-Quran merangkumi banyak topik dan tema seperti kepercayaan, kerohanian, ilmu, hari akhirat, taqwa, perbuatan-perbuatan baik, kesabaran, hubungan antara jantina, kesombongan, kemanusiaan, kemasyarakatan, keadilan sosial, akhlak, dan banyak lagi. 

2- RINGKASAN DAN GAMBARAN KESELURUHAN DARI SEMUA 114 SURAH - Pembaca  akan ‘mengembara’ di dalam al-Quran dan mendapat gambaran keseluruhan dan ringkasan untuk setiap surah. Pembaca akan belajar mengenai nilai-nilai murni, sebab-sebab penurunan wahyu dan sejarah penamaan surah, konsep-konsep utama dan persepsi yang tepat terhadap isi kandungannya. 

3- 1000 PERKATAAN BAHASA ARAB - Belajar 1000 perkataan bahasa Arab dalam al-Quran.  Perbendaharaan kata terpilih daripada setiap surah diberi penekanan, di mana kebanyakannya kerap muncul  dalam al-Quran

4- AYAT-AYAT UTAMA DARIPADA SETIAP SURAH - Ayat-ayat penting telah dipilih daripada setiap surah yang memberi fokus kepada tauhid dan praktis, pembangunan peribadi, serta perumpamaan-perumpamaan dan ayat-ayat yang menyediakan maklumat tentang setiap surah.

5- PETA MINDA UNTUK SETIAP SURAH - Peta minda untuk semua surah disertakan dalam buku ini. Ini membolehkan pembaca membayangkan pecahan-pecahan utama dan tema dalam setiap surah, dalam satu muka surat.

6- DOA-DOA DARIPADA AL-QURAN - Semua doa daripada setiap surah diberi penekanan pada seksyen berlainan bagi membantu proses pembelajaran dan penghafalan.

KALENDAR
KATALOG MILIKI SEGERA ! Dapatkan buku baru dan tawaran istimewa bulan ini.