100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita
Muhd Nasruddin Dasuki
RM 25
SINOPSIS

Alangkah indahnya jika gelaran wanita muslimah itu adalah kita. Cantiknya kita kerana akhlak, moleknya kita kerana budi. Eloknya kita kerana pegangan. Tetapi sifat itu tidak hadir sendiri kecuali dengan usaha dan kemahuan. Pasti juga tidak mudah dan banyak onak yang perlu ditempuh sebelum mengecap manisnya menjadi wanita solehah.

Realitinya, Rasulullah SAW sendiri telah mengangkat martabat wanita ke darjat paling mulia sejak dahulu hingga kini. Lihatlah, bagaimana akhlak Aisyah r.a, Khadijah r.a, Fatimah r.a dan lain-lain wanita di bawah jagaan baginda. Indah bukan? Apa pula formula baginda mendidik mereka sehingga menjadi penghuni syurga abadi itu?

Rahsianya ada dalam naskhah 100 Wasiat Rasulullah Kepada Wanita ini. Baca dan pratikkan pesananbaginda ini yang merangkumi seluruh kehidupan kaum wanita bermula daripada peringkat anak-anak, remaja, gadis, isteri sekali gus para ibu. Pasti, ia akan merubah kita menjadi bidadari dunia yang disegani.

FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0497-0
TARIKH TERBIT
25 Februari 2015
MUKA SURAT
BERAT
400 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA