manisnya cinta si anak muda
Penulis :AHMAD SYAFIQ JUSOH
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0433-8
Halaman: 384
Berat :460 gram
RM 19.90
SINOPSIS

Antara nikmat terindah yang ALLAH hadiahkan buat kita adalah perasaan cinta. Betapa hebat nikmat dan anugerah ini sehinggakan sebahagian kita terlupa siapa diri dan arah tuju di dunia tatkala dilamar oleh rasa cinta ini.

Ramai orang berbicara tentang nikmat cinta dengan bahasa gembira, sehingga mereka terlupa tentang sempadan yang perlu dijaga. Tidaklah salah sebenarnya membicarakan soal cinta, tetapi biarlah kita sentiasa sedar dan berwaspada.

Cinta itu fitrah. Ia menghubungkan dua jiwa, bahkan dua keluarga. Namun jika cuai menjaga, sekelip mata ia bertukar menjadi fitnah. Jika cuai menjaga, ia mampu bertukar menjadi musibah yang meretakkan ikatan bersaudara dalam sekelip mata.

Ingatlah. Kita manusia seluruhnya peminjam. Kita meminjam nikmat ALLAH, meminjam rasa cinta yang diberikan-NYA. Maka biarlah pinjaman kita ini membuahkan hasil yang hebat apabila kita kembali ke negeri akhirat. Biarlah apa yang kita pinjam itu menjadi wasilah untuk kita sampai kepada Yang Memberi pinjam, iaitu ALLAH.

MANISNYA CINTA SI ANAK MUDA ini dihadiahkan khusus kepada remaja dan sekalian anak muda yang sedang berjinak-jinak dengan cinta, ataupun sedang asyik dilamun rasa cinta.

KALENDAR