surat daripada tuhan
Penulis :Ruhana Zaki
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0416-1
Halaman: 360
Berat :300 gram
RM 19.90
SINOPSIS
Mencintai ayat-ayat ILAHI menjadi penyelamat kita daripada fitnah dunia. Lembar-lembar surat-NYA adalah hidayah terbesar buat hati dan penawar duka yang paling mustajab. Pada hari perhitungan nanti, ia akan dipakaikan sebagai mahkota nur di kepala ayah bonda. Surat-NYA juga, andai dibaca akan menjadi syafaat buat kita menuju ke syurga.

Kasihilah al-Quran. Hayatilah surat ini umpama menghayati warkah cinta kekasih. Dekatilah ia. Bukalah lembaran yang mulia ini. Bacalah sepenuh hati. Cinta ILAHI adalah nur buat kita… moga tidak tersesat dalam kegelapan lagi.

Surat Daripada TUHAN adalah himpunan tip yang boleh diamalkan segenap lapisan usia dalam usaha membina keperibadian yang mulia dan masyarakat sejahtera. Marilah kita berpegang pada akidah yang teguh, mengamalkan Islam secara menyeluruh dan mencintai agama ini sepenuh jiwa raga.
MESTI BACA
    KALENDAR