menjadi tetamu barzakh
Penulis :Prof Madya Rasid Muhamad
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0415-4
Halaman: 288
Berat :300 gram
RM 17.00
SINOPSIS
Soalan: Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Persoalannya, apakah persedian yang harus dilakukan oleh kita yang masih hidup untuk menghadapi sebuah kematian indah?

Jawapan: ALAM hidup ini kita perlu merancang. Apa jua yang dilakukan, memerlukan perancangan agar ia dapat dilakukan dengan baik dan tiada kesilapan yang berlaku. Bahkan, untuk kematian juga memerlukan perancangan teliti agar di akhirat kelak tiada penyesalan apatah lagi rasa ingin kembali semula ke dunia untuk beribadat walau sekejap cuma.

Alam Barzakh
Dalam Islam, kematian bukanlah sebuah pengakhiran, malah ia merupakan permulaan siri perjalanan yang panjang dan abadi. Alam kubur merupakan perantaraan untuk menunggu hari kiamat iaitu hari pembalasan daripada Yang Maha Adil. Alam tersebut merupakan alam mencabar. Alam yang mungkin menjadi satu taman daripada taman-taman syurga atau mungkin menjadi satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Namun, alam kubur ini adalah satu hakikat yang akan ditempuhi oleh setiap insan. Dan ini jugalah yang ditempuhi oleh Anwar sekarang. Mudah-mudahan Anwar menghadapi hari-hari yang aman di sana...

Tetapi dalam mengukur diri ini, saya teringat akan senarai yang dikemukakan oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (2011), yang berkaitan dengan amalan seseorang yang membolehkan mendapat seksaan kubur. Mudah-mudahan perkara tersebut menjadikan kita lebih sedar dan berhati-hati dalam setiap perkara yang dilakukan:

• Melaksanakan hukum yang tidak ditetapkan ALLAH SWT.
• Memberi fatwa bertentangan dengan apa yang disyariatkan ALLAH SWT.
• Membunuh jiwa yang diharamkan untuk membunuhnya.
• Menggugurkan dan mengingkari hak-hak asma’ ALLAH SWT dan sifat-sifat-NYA.
• Mendahului pendapat dan jalan fikiran sendiri daripada sunnah Rasulullah SAW.
• Meratap tangis yang keterlaluan jika salah seorang daripada anggota keluarga meninggal dunia.
• Mendendangkan lagu yang diharamkan oleh ALLAH SWT dan Rasul.
• Mendirikan masjid di atas kuburan dan menyalakan lampu-lampu di atasnya.
• Membuat curang dan tidak jujur dalam timbangan, melebihkan untuk dirinya dan mengurangkan untuk orang lain.
• Bertindak zalim dan sewenang-wenangnya dalam melakukan sesuatu.
• Sombong.
• Riak.
• Mengolok-olokkan orang lain.
• Mencela golongan salaf.
• Mendatangi dukun, peramal dan ahli nujum, untuk bertanya pelbagai perkara dan mempercayainya.
• Membantu orang zalim yang menjual akhiratnya dengan dunia.
• Tidak mengindahkan amaran agar takut kepada ALLAH SWT dan melakukan kemungkaran.
• Mendapat petunjuk daripada ALLAH dan Rasul tetapi tidak menghirau dan mengamalkannya.
• Mudah mempercayai kata-kata batil.
• Mendengar al-Quran, tetapi hati tidak tersentuh dengan makna dan pengajarannya. Sebaliknya lebih leka dengan kata-kata serta pujuk rayu syaitan, nyanyian dan lagu yang tidak berteraskan syariat.
• Bersumpah palsu atas nama ALLAH SWT dan berdusta.
• Bangga dengan tindakan menzalimi orang ramai atau melakukan penderhakaan secara terang-terangan.
• Mengucapkan kata-kata kotor dan buruk, umpatan dan penghinaan yang mencerminkan akhlak buruk.
• Menangguhkan pelaksanaan solat hingga ke akhir waktunya dan tidak mengingati ALLAH SWT kecuali sedikit.
• Tidak membayar zakat, terutama zakat harta secara suka rela.
• Tidak menunaikan haji walaupun sudah berkemampuan.
• Tidak menunaikan hak walaupun mampu melaksanakan.
• Tidak mempedulikan harta yang dimiliki sama ada daripada sumber halal atau haram.
• Tidak menyambung silaturahim, tidak mengasihani orang miskin, janda, anak yatim, haiwan peliharaan dan tidak mengalakkan orang lain agar mengasihani orang miskin.

Amalan yang Menyelamatkan
Al-Imam Jalaluddin as-Sayuti (2012:1740175), dalam tulisannya menyatakan bahawa, seksaan mereka yang membuat kejahatan akan dibebaskan dengan sepuluh sebab, iaitu:

1. Bertaubat kepada ALLAH.
2. Diberikan keampunan kepadanya dengan kehendak ALLAH.
3. Berbuat kebaikan sehingga kebaikan itu menghapuskan kejahatan sebagaimana yang disebutkan di dalam al-Quran, “Sesungguhnya perbuatan baik itu akan menghapuskan dosa dan perbuatan jahat.”
4. Diuji dengan pelbagai musibah sehingga hal itu dapat menghapuskan dosa-dosa.
5. Di alam barzakh, akan dihimpit dan dengan himpitan itu akan menghapuskan dosa-dosanya.
6. Didoakan oleh saudara-saudaranya sekali gus bermohon kepada ALLAH agar diampunkan dosa.
7. Diberikan petunjuk melalui pahala amalan yang bermanfaat baginya.
8. Diuji pada hari kiamat dengan pelbagai hal yang menakutkan.
9. Mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.
10. Mendapat rahmat daripada ALLAH SWT.

Kesimpulan
Terlalu banyak amalan dan perbuatan yang menyebabkan seseorang itu diseksa di alam barzakh. Waspadalah sentiasa agar ‘alam rehat’ itu tidak menjadi suasana yang sukar untuk ditempuhi. Hanya yang buta hati sahaja akan mengingkari apa yang ditetap dan dijelaskan oleh agama.
Justeru, alam kubur dengan pelbagai cabaran sewajarnya menginsafkan kita. Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-NYA, sebaliknya mereka sendiri yang menafikan pengajaran dan peringatan yang diberikan sehingga mereka sendiri yang mengundang celaka!
MESTI BACA
    KALENDAR