pujuklah rasa
Penulis :Dr. Robiah K. Hamzah
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0403-1
Halaman: 368
Berat :200 gram
RM 19.90
SINOPSIS
Hayatilah keindahan didikan jiwa ALLAH SWT ini berasaskan keindahan beragama. Sesungguhnya DIA tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali menggantikannya dengan yang lebih baik andai kita sabar dan redha atas kehilangan yang ditentukan. Ini bermakna kita perlu melihat dengan penuh yakin melalui mata hati bahawa di sebalik kehilangan dan musibah, terdapat ganti serta balasan teragung daripada-NYA...
itulah syurga abadi.

Jika demikianlah sifat dan sikap yang dimiliki, maka layaklah kita masuk ke syurga sebagai imbalan setelah berjihad, ber¬sabar, berteguh menghadapi ujian dan memurnikan segalanya untuk DIA, merasai pertolongan-NYA dan melupakan semuanya kecuali DIA. Mampukah kita memiliki perwatakan sehebat ini?
Cubalah. Yakinlah pertolongan-NYA itu amat dekat.

Antara Pengisian Menarik:
• Rasa Cinta Teragung
• Bila Imannya Kosong
• Membangun Rasa Ikhlas
• Rasakan Doamu Didengar
• Siapa yang Kita Ingat Lebih
• Nilailah Ketulusan Cintamu
• Rasa Nikmat Ditegur ALLAH
• Sudah Benarkah Iman Kita?
• Meninjau Akhirat Dari Dekat
• Menjenguk Ngerinya Neraka
MESTI BACA
    KALENDAR