anakku hidup sekali biar bererti
Penulis :Anwar Nursi
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0393-5
Halaman: 328
Berat :250 gram
RM 18.00
SINOPSIS
“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama takwa, isinya ialah iman dan layarnya adalah tawakal kepada ALLAH.”- Luqman al-hakim

Dunia hari ini terlalu mencabar dan banyak rintangan yang perlu dilalui. Hanya mereka yang kuat iman dan takwa sahaja akan berjaya mengharungi mehnah mendatang. Dunia hari ini juga sudah terlalu tua dan akan tiba masanya akan pergi jua. Andai tiada bekalan dibawa, rugilah insan yang menjejakkan kaki ke akhirat nan abadi.

Kita, sebagai insan biasa ada kalanya lemah dan alpa dalam arus kemodenan hari ini. Hanya peringatan daripada ibu dan ayah menjadi paksi kekuatan diri untuk terus berada di landasan yang benar. Doa mereka jua menjadi sebab rahmat ILAHI bertandang dalam kehidupan. Sungguh, kasih sayang mereka tidak pernah surut, jasa mereka terlalu banyak dan tidak terbalas dek kita.

Anakku... Hidup Sekali Biar Bererti merupakan sebuah catatan cinta insan rabbani yang amat menyayangi kita. Selamilah apa yang terucap, hayatilah apa yang tercatat, pasti ketemu mutiara indah sebagai pegangan untuk mengharungi hidup penuh pancaroba. Ambillah segala teguran kerana ia menuntun kita ke arah bahagia hakiki dan bukan merugi. Beruntunglah mereka yang beramal dengannya dan amatlah rugi bagi yang ingkar.


Antara yang menarik:

1. WAKTU ITU USIA KITA, HARGAILAH…
2. SOLAT ITU MUDAH… USAH DILALAIKAN
3. HIBURAN ITU TIDAK HARAM, TAPI…
4. HIDUP SEKALI BIARLAH BERMAKNA
5. JANGAN ENGKAU DEKATI ZINA
6. ANDAI MARUAH ITU KAU JAGA…
7. NO BOY FRIEND NO PROBLEM
8. BERAKHLAKLAH WAHAI PUTERA-PUTERIKU
9. POTRET TELADAN: KASIHMU DUHAI RASULULLAH
10. NILAI SEORANG SAHABAT
MESTI BACA
    KALENDAR