kau hadir dalam munajatku
Penulis :Ruhana Zaki
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0388-1
Halaman: 480
Berat :300 gram
RM 19.90
SINOPSIS
Sedarilah... tanah yang dipijak ini
adalah milik ALLAH S.W.T
dan udara yang dihirup ini juga milik-NYA.
Andai pernah terlanjur membuat-NYA murka,
masih ada masa untuk membuka lembaran baru.
Andai terasa diri sudah sempurna,
teruskanlah amalan hingga ke hujung nyawa.
Semoga kalimah terakhir kita adalah laailaahaillallah...

NIKMAT dunia sememangnya tidak akan habis dikejar. Biarlah dunia berlari. Sudah sampai masa kita berjalan dengan tenang untuk mengutip amalan yang tertinggal. Dan sudah sampai masa kita membuang debu-debu kotor yang melekat di badan agar tidak menjadi beban di Padang Mahsyar kelak.

Ketika menyiapkan bekalan, sudah semestinya kita memerlukan kehadiran TUHAN. Rasailah kasih sayang-NYA setiap kali kita melangkah. Tadahlah tangan, serahkanlah sepenuh hati kepada-NYA. Yakinlah... DIA pasti memperkenankan permintaan, melapangkan kesusahan dan menyembuhkan kedukaan.

KAU Hadir Dalam Munajatku mengajak kita mendambakan kehadiran ILAHI dalam segenap penjuru kehidupan. Pulanglah ke jalan TUHAN. Kembalilah kepada rahmat-NYA yang tiada tara itu. Buangkanlah semua keluhan dan runtuhkanlah apa jua jurang. Sujudlah pada-NYA, moga DIA memperkenankan jalan redha… moga kehadiran-NYA dapat dirasai dalam setiap munajat kita.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:

Tika Hati Bertasbih
Bicara Hati dan Iman
Terbilang di Sisi TUHAN
Masaku Semakin Hampir
Alam Tidak Pernah Ingkar
Berbekallah Dengan Cukup
Setiap Sendi Benci Maksiat
Pulanglah Dengan Sejahtera
Penghujung Itulah Permulaan
Sebelum Jasad Dimamah Bumi
MESTI BACA
    KALENDAR