umar abdul aziz
Penulis :Prof Madya Rasid Muhamad
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0376-8
Halaman: 294
Berat :350 gram
RM 15.00

SINOPSIS
UMAR ABDUL AZIZ merupakan khalifah kerajaan Bani Umayyah. Walaupun memerintah dalam jangka waktu yang agak singkat, namun kehadiran beliau sebagai khalifah telah memberi impak yang cukup besar kepada kehidupan rakyat serta sistem dan pentadbiran negara. Usaha dan kesungguhan yang dilaksanakan beliau amat mengagumkan. Jelasnya, segala usaha tersebut bersulamkan keikhlasan dan ketulusan beramal ini menjadi batu asas yang kukuh dalam melakar kejayaan serta perubahan yang begitu besar lagi berpengaruh. Semua itu disalut pula dengan doa dan tawakal yang berterusan kepada ALLAH. Tentunya amalan dan tindakan sedemikian bukan hanya membantu kejayaan beliau dalam mentadbir, tetapi memberi keberkatan kepada diri juga negara.

Perubahan yang dilakukan amat ketara serta menyeluruh kerana ia menyangkut seluruh bidang dan dimensi kehidupan bermasyarakat serta bernegara. Islam yang menjadi teras kehidupan beliau secara peribadi telah menjangkau dan mewarnai dengan nyata dalam kehidupan berkeluarga, seterusnya menentukan cara gaya pentadbiran di peringkat negara. Dalam usaha untuk membina satu kehidupan yang lebih bererti serta mencorak pentadbiran yang bermaruah juga berintegriti, kehidupan Umar Abdul Aziz amat wajar diselusuri, dikaji dan diambil iktibar. Ini disebabkan beliau merupakan contoh manusia biasa yang tidak maksum, tetapi mampu menjadi seorang hamba dan khalifah ALLAH yang bertakwa, lalu akhirnya menjadi luar biasa dalam setiap keputusan serta tindakan. Namanya harum semerbak sepanjang zaman yang bukan hanya buat diri beliau, tetapi juga Islam dan ummah. Tentunya kehidupan insan istimewa seperti Umar Abdul Aziz ini mempunyai pelbagai rahsia yang perlu dicungkil, difahami dan diambil manfaat daripadanya.
MESTI BACA
    KALENDAR