Mohonlah hanya padanya
Iskandar Dzul Karnain HM
RM 14
SINOPSIS
FITRAH manusia, kita adalah makhluk yang lemah. Kita tidak dapat menduga apa yang akan berlaku… hari ini mungkin sihat tetapi esok atau lusa, kita mungkin diuji dengan kesakitan. Sesungguhnya, sakit itu adalah satu daripada aturan kehidupan. Kita tidak mampu menjamin kesihatan berpanjangan kerana setiap denyut nafas kita berada di bawah kekuasaan-NYA. Orang yang tahu bersyukur akan merasai hikmahnya sakit dan redha meng-hadapi setiap dugaan dengan positif. 

Sedarilah bahawa setiap kesakitan yang datang adalah ibarat tarbiah daripada-NYA; untuk menguji sejauh mana kesabaran kita sebagai hamba yang redha. DIA turunkan sedikit musibah agar kita menganalisa apa yang telah dilakukan sepanjang dikurniakan kesihatan yang baik. Berdoa adalah terapi terbaik bagi mengubati sesuatu penyakit. Berimanlah sepenuh hati kepada ALLAH S.W.T dan menerima bahawa sakit yang datang itu semakin mendekatkan diri kita kepada-NYA. Jadikanlah al-Quran sebagai penawar untuk terus berusaha. Bertawakallah dan yakin bahawa setiap sakit pasti ada ubatnya. Sesungguhnya, DIA tidak menurunkan penyakit melainkan DIA juga menurunkan ubatnya. Mohonlah hanya pada-NYA...
FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0369-0
TARIKH TERBIT
19 Mac 2011
MUKA SURAT
BERAT
300 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA