Fitrahkah Kita
Profesor Dr. Sidek Baba
RM 13
SINOPSIS
Rasulullah mengumpamakan fitrah itu sebagai kain putih. Kitalah yang perlu mencoraknya agar dapat dipandu ke arah kebenaran. Manusia yang jiwanya terpesong daripada fitrah akan jauh daripada rahmat ALLAH, akan terdorong ke arah kegelapan dan kosong daripada rasa bahagia. Apalagi jika bertuankan keseronokan duniawi semata, maka semakin lekalah diri berada dalam nikmat kelalaian. Jika begitu keadaan diri, buatlah garis pemisah antara hak dan batil agar hati bersih daripada segala kotoran yang memaliti. Carilah di segenap penjuru akan ilmu dan amal yang dapat membawa diri dan kehidupan kepada kejadian hakiki insani.

Yakinlah... hanya fitrah yang dapat mengembalikan jati diri insan kepada hakikat sebenar penciptaan. Jika diri dilitupi noda dosa, berusahalah mengislahkannya semula. Timbanglah amalan dan bandingkan dengan kefasadan. Dan tanyalah... di mana kedudukan kita sebenarnya. Sedarlah... walau siapa pun kita, walau tingginya darjat, ia tidak menjamin kebahagiaan kecuali pulang semula kepada-NYA!

FORMAT
Buku
ISBN-13
978-967-86-0365-2
TARIKH TERBIT
13 Januari 2011
MUKA SURAT
BERAT
300 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA