anakku... didilah hati mencintai-nya
Penulis :Fuad Hj Sam
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0362-1
Halaman: 392
Berat :0 gram
RM 17.00
SINOPSIS
Ya bunayaa... jadilah zuriat soleh yang berjaya di dunia dan akhirat. Itulah doa yang sering dipanjatkan saban waktu. Lahirnya adalah satu kurnia. Pada mereka dicurahkan kasih sayang. Diri dibekalkan santapan iman agar hidup diiringi redha ILAHI. Jiwa pula disemai nur hidayah agar setiap langkah tidak tersasar ke arah kefasadan. Lihatlah... terlalu banyak yang telah kita berikan kepada mereka. Tujuannya ialah mengharapkan kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Namun, apakah setiap tuntunan itu mampu membawa mereka merentasi impian yang dicita-citakan? Lalu, perhatikanlah... apakah benar cara kita mencorak liku-liku hidup mereka? Jika tidak, carilah... di mana silapnya ketika membentuk diri mereka menjadi insan yang berjaya.

Anakku... Didiklah Hati Mencintai-NYA, sebuah pengisian yang membawa kita ke arah menjadi murabbi terhebat dalam membina kecemerlangan hidup anak-anak. Galilah ilmu di dalamnya. Moga ditemui tunjuk arah untuk membentuk generasi rabbani, impian setiap ibu bapa. Hayatilah setiap baris ayat, mudah-mudahan ia mampu dijadikan tarbiah dalam mencipta jati diri aulad yang sejati.

ANTARA PENGISIAN MENARIK:
• Doa Pilihan untuk Kecemerlangan
• 33 Kaedah Mendidik Anak
• 10 Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak
• Permasalahan Dalam Berdoa
• Memacu Anak Cemerlang dan Unggul
• Kaedah Lazim Mendidik Anak
• Kisah dan Pengajaran daripada Al-Quran
• Petua Melahirkan Anak Kreatif
• Persediaan Melahirkan Anak Cemerlang
• Tip Meningkatkan Potensi Anak
MESTI BACA
    KALENDAR