merintis kecemerlangan islam
Penulis :Prof Madya Rasid Muhamad
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0348-5
Halaman: 352
Berat :0 gram
RM 16.00
SINOPSIS
Prof. Madya Rasid Muhamad mengajak pembaca mendalami sejarah umat Islam yang dirintis sebermula kebangkitan Muhammad bin Abdullah sebagai Rasulullah ribuan tahun lalu. Karya ini menjengah kecemerlangan kelompok sarjana muslim terdahulu yang telah berjaya membentuk sisi unggul tamadun Islam. Rahmatan lil alamin… Benarlah kalimah ini. Kegemilangan ini tentunya dicapai hasil roh islami yang bertiup dalam sanubari umat Muhammad. Percikannya menyelubungi empat penjuru dunia. Alam Melayu tidak terlepas daripada tempiasnya. Islam hadir sebagai pelengkap perjalanan kehidupan.

Islam sudah bertapak di rantau ini dan kehadirannya memberi impak yang besar, terutamanya Malaysia. Agama ini menerobos masuk, lantas mula mencorak-warnakan seluruh kehidupan masyarakat. Agama, sosial, ekonomi, politik, sastera dan budaya telah menyerap prinsip-prinsip Islam dalam perlaksanaannya. Maka, lahirlah Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang terbentuk hasil daripada pengaruh ajaran-NYA.
MESTI BACA
    KALENDAR