mutiara akidah & ibadat
Ust Zaharuddin bin Abd Rahman
RM 13
SINOPSIS

MUTIARA AKIDAH DAN IBADAT memuatkan persoalan kon temporari yang kerap timbul sejak akhir-akhir ini. 

 

Buku ini disediakan dalam dua bahagian iaitu akidah dan ibadat. Soalan yang dimuatkan tidaklah merangkumi kedua-dua topik secara terperinci, namun ia menjurus kepada soalan yang dipilih dan kerap diutarakan. Di setiap bahagian, ada disertakan penerangan ringkas sebagai panduan agar dapat difahami dengan lebih jelas dan sempurna. Hampir semua jawapan disertakan dengan dalil dan nas sandarannya supaya pembaca lebih menyedari akan ketepatan setiap huraian yang diberikan.

 

ANTARA PENGISIAN YANG MENARIK :

  • Ketagih maksiat dan nazar
  • Penggunaan nama ALLAH oleh Kristian
  • Pembedahan plastik, botoks dan braces
  • Mandi tujuh kolah untuk dapat jodoh
  • Pejam mata ketika solat
  • Tanda hitam di dahi
  • Sedekah pahala amalan
  • Kesilapan yang dilakukan pada bulan Ramadan
  • Tuntut bela di akhirat
  • Amal al-Quran untuk kuat
  • Alam barzakh
  • Orang bukan Islam baca al-Quran
  • Fikir mati halang kemajuan
  • Waktu doa yang mustajab
  • Fatihah pembuka majlis
  • Beban hutang ketika haji
FORMAT
ISBN-13
978-967-86-0343-0
TARIKH TERBIT
21 Mei 2012
MUKA SURAT
BERAT
320 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA