cukupkah sekadar niat?
Penulis :Mohd Hairi Nonchi
Kategori: Buku
ISBN : 978-967-86-0340-9
Halaman: 256
Berat :300 gram
RM 11.00
SINOPSIS

Diutuskan Nabi Muhammad sebagai pembawa firman TUHAN

Disempurnakan segala perintah... akidah dan ibadat menjadi pegangan

Ditentukan setiap perbuatan agar tercapai segala keberkatan

Buku ini membentangkan perbahasan mengenai niat yang ikhlas dan amal yang benar. Perbincangan ini amat penting kerana telah wujud salah faham di kalangan masyarakat Islam berkenaan dengan persoalan niat yang ikhlas. Sebagai ummatan wasatan yang bertanggungjawab dan bercita-cita untuk mencapai reda-NYA, perlulah kita mengetahui serta mempraktikkan amalan agama dengan dilandasi tatacara yang ditentukan oleh ALLAH dan Rasulullah.

CUKUPKAH SEKADAR NIAT memberi penekanan akan pentingnya meng-kaji setiap amalan yang dilaksanakan. Ini amat mustahak memandangkan sebahagian daripada ibadat kita sudah diresapi unsur-unsur bidaah yang sama sekali tidak pernah mendapat keizinan daripada ALLAH dan Rasul-NYA, serta menyalahi fahaman generasi al-salaf al-soleh.

Mudah-mudahan, pengisian buku ini akan dapat membetulkan kembali salah faham yang menyelubungi pemikiran segelintir umat Islam.

KALENDAR