aliran dakwah di malaysia
Penulis :Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0312-6
Halaman: 437
Berat :350 gram
RM 13.00

SINOPSIS
Buku ini menghuraikan sejarah dan pemikirannya di antara aliran tajdid (pembaharuan) dengan aliran tradisional di Malaysia.

Bahagian pertama buku ini, menghuraikan latar belakang sejarah dan pemikiran gerakan tajdid agama pada zaman klasik dan zaman moden. Manakala, di bahagian kedua buku ini, dihuraikan secara menyeluruh mengenai gerakan tajdid atau islah di Malaysia. Bahagian ketiga buku ini pula menghuraikan secara khusus mengenai perkembangan gerakan tajdid di Perlis, yang secara rasminya telah mendaulatkan ajaran berpegang kepada al-Quran dan al-sunnah serta menolak amalan taksub kepada mazhab.

Di akhir bahagian buku ini, disertakan lampiran mengenai tokoh-tokoh islah di Perlis dan hubungan kerajaan Saudi-Wahabi dengan Turki Uthmaniah.

Semoga dengan terhasilnya buku ini, para pembaca dapat memahami dan menilai arah perjuangan serta titik-titik perbezaan di antara aliran tajdid dengan aliran tradisional.
MESTI BACA
    KALENDAR