didik anak cara islam
Syaikhah Abdullah
RM 3
SINOPSIS

Setiap anak yang lahir ke dunia ini adalah suci bersih daripada segala dosa dan syirik. Ibu bapalah yang menentukan sama ada seseorang anak itu muslim atau kafir. Mukmin atau munafik. Soleh atau ahli maksiat. Ibu bapa yang bijak tidak akan mensia-siakan peluang ini bagi memastikan anak yang dilahirkan menjadi seorang yang soleh dan membantu ibu bapa untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

 

Islam sebagai agama yang syumul telah menggariskan beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh ibu bapa semenjak bayi itu dilahirkan sehinggalah dia mencapai usia baligh dan seterusnya dewasa. Antaranya, mengadakan akikah, melakukan belah mulut, mengazankan, memberi nama yang baik, mengkhatankan dan memberikan didikan agama yang secukupnya. Ini bagi memastikan anak tersebut memulakan hidupnya dengan peraturan syarak. Seterusnya mempraktikkan dan menjadikan Islam sebagai cara hidup sehingga meningkat dewasa.

 

Buku ini memberikan garis panduan secara ringkas dan padat kepada ibu bapa yang inginkan kaedah terbaik dalam mendidik cahaya mata yang baru dilahirkan. Semua yang terdapat dalam buku ini adalah berdasarkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

FORMAT
ISBN-13
978-967-86-0311-9
TARIKH TERBIT
15 Ogos 2007
MUKA SURAT
BERAT
100 gram
KOMEN
ANDA MUNGKIN SUKA