jenazah
Penulis :Mohd Yusof Arbain
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0309-6
Halaman: 326
Berat :300 gram
RM 18.00
SINOPSIS
MENGURUSKAN jenazah merupakan fardu kifayah ke atas umat Islam. Ini bermakna, dalam setiap kelompok masyarakat, wajib ada segolongan kaum muslimin yang menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan jenazah, iaitu daripada memandi, mengkafan, menyembahyangkan sehinggalah mengebumikan jenazah. Jika tidak, semua yang berada dalam kelompok itu akan menanggung dosa.

Oleh yang demikian, setiap muslim mesti mengetahui ilmu tentang menguruskan jenazah agar tidak berlaku kepupusan terhadap golongan yang mahir dalam bidang ini.

Ilmu menguruskan jenazah ini perlu difahami dengan jelas oleh setiap muslim agar ia tidak bercampur dengan upacara yang karut-marut, iaitu tidak berlandaskan al-Quran dan sunnah.

Buku jenazah ini berbentuk soal jawab dan disertai dengan dalil daripada al-Quran, sunnah serta pendapat ulama yang muktabar. Ini bagi memastikan para pembaca mendapat maklumat yang sahih berkenaan dengan hal ehwal menguruskan jenazah agar bertepatan dengan tuntutan syarak.
MESTI BACA
    KALENDAR