dosa-dosa yang dipandang remeh
Penulis :Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0300-3
Halaman: 208
Berat :200 gram
RM 10.00
SINOPSIS
ALLAH yang Maha PEngasih telah menghalalkan banyak perkara bagi kemudahan umat Islam. Semua kemudahan dan keringanan itu tidak terhitung banyaknya. Sebab itulah ALLAH tidak menyatakannya di dalam al-Quran secara terperinci seperti cara membuat pakaian, cara membuat kenderaan, makanan yang dihalalkan, minuman yang dihalalkan dan sebagainya. Justeru, memadao hanya menggunakan lafaz umum ALLAH menghalalkan sesuatu yang baik.

Namun, di sana terdapat beberapa perkara haram yang wajib dijauhi dan ditinggalkan. Semua itu hanyalah sebagai fitnah atau ujian daripada ALLAH sama ada hamba-NYA ingin memilih jalan fotrah atau jalan-jalan syaitan. Malangnya, setiap kali dijelaskan perkara haram ini golongan pengikut hawa nafsu pasti gelisah dan tidak senang mendengarnya,

Atas dasar itu, ALLAH telah memberi ancaman keras terhadap golongan yang suka melakukan perkara haram yang sedikit ini. Sedangkan, masih banyak perkara halal yang boleh dilakukan.

Umpamanya, ALLAH mengharamkan arak sebagai ftnah atau cubaan dalam masa yang sama masih banyak minuman lain dihalalkan. Begitu juga ALLAH telah mengharamkan daging babi sedangkan masih banyak makanan lain dihalalkan. Oleh itu, mengapa ia harus dilampaui?

Buku ini sedikit sebanyak telah menjelaskan secara terperinci hukum-hakam berkaitan perkara haram yang dipandang remeh oleh kebanyakan umat Islam di akhir zaman ini. Mudah-mudahan ALLAH membuka pintu hati seluruh umat Islam untuk kembali kepada agama fitrah di samping melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-NYA.
MESTI BACA
    KALENDAR