khazanah cinta ilahi
Penulis :Dr Rushdi Ramli
Kategori:
ISBN : 978-967-86-0-359-1
Halaman: 292
Berat :0 gram
RM 14.00
SINOPSIS
Imam Shaykh al-Islam Taqiyuddin Ahmad Ibn Taymiyyah (1263-1328M), seorang mujtahid yang lahir sebagai penyelesai masalah umat. Hadir berbekalkan keimanan yang jitu dan ketajaman akal fikiran, kewibawaan beliau tidak mampu diganggu gugat.

Bukti kebijaksanaan termaktub pada himpunan fatwa-fatwa di dalam karya besar beliau yang bertajuk Majmu Fatawa Shaykh al-Islam Ahmad Ibn Taymiyyah.

Secara umum, Khazanah Cinta ILAHI merupakan terjemahan ringkas sebahagian daripada ijtihad-ijtihad beliau. Naskhah ini mendedahkan kepada kita cara terbaik untuk meraih cinta ALLAH melalui proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) yang digarap daripada wahyu-NYA.

Kekaburan mengenai falsafah ibadat dalam Islam, persoalan tasawuf, isu-isu tarekat serta amalan ahli sufi, menjadikan buku ini dilihat sebagai cahaya penyuluh untuk kita memahami dengan lebih jelas dan mendalam apa yang dikatakan sebagai cara terbaik lagi sempurna bagi mencapai kasih-NYA.

Marilah kita bersama-sama menghayati pemikiran beliau ini. Ambillah manfaat daripadanya...

KANDUNGAN MENARIK
• Hukum Meninggalkan Amalan Soleh yang Disyariatkan Kerana Takut Dikatakan Riak
• Golongan Ahli Sufi dan Ahli Tarekat yang Melampau Lagi Tersasar
• Dua Tanda Nyata Orang yang Benar-benar Mencintai-NYA
• Kaedah Berzikir Terbaik Menurut Imam Ahmad Ibn Taymiyyah
• Kedudukan Ledakan Kerohanian yang Keterlaluan Dalam Konteks Dosa dan Pahala
• Antara Amalan Hati dan Ibadat Lahiriah. Manakah yang Lebih Wajib dan Perlu Diutamakan?
• Berusaha dan Berikhtiar Adalah Suatu Ibadat
MESTI BACA
    KALENDAR