hadith palsu: kesan terhadap pemikiran
Penulis :Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Kategori:
ISBN : 978-860-305-8
Halaman: 64
Berat :100 gram
RM 3.00
SINOPSIS
TANPA kita sedari, penyebaran hadis palsu berlaku secara meluas di negara-negara Islam termasuk Malaysia. Bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Islam, sehinggalah berterusan ke zaman ini. Umat Islam yang jahil sewenang-wenangnya menyebarkan apa sahaja yang dikatakan hadis tanpa menyiasat terlebih dahulu dari mana ia diambil.

Tahukah kita bahawa sesiapa yang menyebarkan perkataan, perbuatan atau ikrar baginda Nabi s.a.w secara dusta telah menempah tempat di dalam neraka? Malah, ia termasuk dajal yang mendustakan agama dan dianggap jenayah besar di sisi syarak. Tanpa bimbingan dan ingatan, umat Islam akan memandang remeh perkara ini.

Buku kecil ini diterbitkan bagi mengingatkan umat Islam bahaya penyebaran hadis palsu di sisi agama. Selain menerangkan seba sedikit mengenai maksud hadis palsu, dan contoh-contohnya, buku ini juga membicarakan kesan penyebarannya kepada pemikiran umat Islam. Moga-moga buku kecil ini menjadi panduan berharga demi memastikan kita lebih berhati-hati menyampaikan ilmu agama.
MESTI BACA
    KALENDAR