fahami al-quran
Penulis :Mohd Sabri Mohammed
Kategori: Buku
ISBN : 967-860-278-4
Halaman: 280
Berat :300 gram
RM 10.00
SINOPSIS
FAHAMI AL-QURAN MENURUT KAEDAH PARA ULAMA, karya Mohd. Sabri Mohammed merupakan ringkasan cara mempelajari ilmu tafsir al-Quran dan beberapa pengajaran penting yang dapat diambil melalui proses mempelajari ilmu tafsir al-Quran. Buku ini juga menerangkan beberapa kaedah asas yang digunakan oleh ulama terdahulu dalam proses mentafsirkan firman ALLAH agar umat Islam tidak mudah terpedaya dengan fahaman dan aliran yang menolak cara pentafsiran mereka.

Al-Quran merupakan Kalamullah yang diturunkan kepada Bani Adam sama ada periman atau karfir. Sayang sekali, orang kafir pula melebihi umat Islam dalam usaha mendalami ilmu tafsir al-Quran. Bukankah ilmu tafsir mampu memantapkan pemahaman kita terhadap kehendak dan perintah ALLAH?

Semoga para pembaca mendapat manfaat dan dapat memahami sepenuhnya isi kandungan al-Quran. Mudah-mudahan, amal ibadah kita bertepatan dengan kehendak ALLAH dan Rasul-NYA setelah mempelajari ilmu tafsir.
KALENDAR