membela islam
Penulis :Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Kategori: Buku
ISBN : 967-860-273-3
Halaman: 244
Berat :300 gram
RM 8.00

SINOPSIS
MEMBELA agama Islam merupakan satu kewajipan bagi setiap muslimin dan muslimah. Perkara ini telah ditegaskan dengan jelas oleh al-Quran dan sunnah. Muslim yang sejati akan terpanggil untuk membela agamanya. Jiwa yang bersih akan bersemangat untuk menegakkan kebenaran Islam yang suci ini. 

Oleh itu, melaksanakan tugas ini memerlukan peraturan dan disiplin. Ramai yang bersemangat. Tetapi tanpa ilmu tentang peraturan syarak, pasti ada yang terbabas.

Buku ini mengupas isu-isu mengenai tanggungjawab dan disiplin dalam membela Islam. Perkara utama yang dikupas merangkumi amar makruf nahi mungkar, manhaj para imam membela sunnah, perang jihad, jihad ekonomi dan dakwah kepada pemerintah muslim. Mudah-mudahan buku ini memberi panduan berguna kepada umat Islam dalam membela, menegak dan memartabatkan agama Islam di mata dunia. 

Dapatkan segera buku yang ditulis oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di kedai-kedai buku sekarang.
KALENDAR