fatwa adab
Penulis :Muhammad Bin Soleh Al-Munajjid
Kategori: Buku
ISBN : 967-86-0283-0
Halaman: 448
Berat :500 gram
RM 18.00
SINOPSIS
Fatwa Adab ini yang menghimpunkan fatwa-fatwa adab dari ulama besar Arab Saudi seperti Syeikh Muhammad bin Soleh al-`Uthaimin yang pernah menjawat jawatan Majlis Ulama Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baz yang pernah menjadi qadhi selama 15 tahun di sana dan bermazhab imam Ahmad bin Hambal serta Syeikh Abdullah bin Abdurrahman al-Jibrin yang juga dari Arab Saudi.

Bagaimanapun seluruh fatwa-fatwa yang dihimpunkan di dalam buku ini merupakan pendapat-pendapat dan ijtihad oleh ketiga-tiga ulama Arab Saudi tersebut dan bukanlah berbentuk tetap dan tepat bahkan lebih kepada penambahan ilmu pengetahuan tentang kepelbagaian fatwa mengenai permasalahan agama.

Bermula dari adab-adab ibu bapa, pergaulan, aurat, bersalaman sehingga perkahwinan diterangkan di dalam buku. Walaupun dengan merujuk kepada ulama-ulama Arab Saudi yang lebih menekankan mazhab Hanbali di dalam penetapan sebarang hukum.

Diharapkan segala permasalahan yang cuba disampaikan pembaca perlulah merujuk kepada para ustaz mahupun ustazah bagi mendapatkan penjelasan yang lebih tepat. Kerana ilmu agama tidak hanya mencukupi dengan hanya membaca bahkan perlu kepada bersoal-jawab secara lisan melalui orang yang lebih mengetahui tentangnya.
KALENDAR