wahai remaja
Penulis :Profesor Dr. Sidek Baba
Kategori:
ISBN : 967-86-0282-2
Halaman: 240
Berat :300 gram
RM 15.00
SINOPSIS
Usia remaja adalah tempoh di mana seseorang individu itu membina jati diri bagi menghadapi masa depan sebagai orang dewasa. Kejayaan dan kecemerlangan hari depan pula bergantung penuh pada sejauh mana remaja melakukan persiapan pada hari ini. Jika pada hari ini, remaja dididik dengan penuh disiplin dan mementingkan ilmu pengetahuan, apabila dewasa nanti akan menjadi orang yang berdaya maju dan menyumbang kepada keluarga, nasyarakat serta negara.

Namun, jika remaja itu didedahkan dengan pelbagai jenis hiburan dan aktiviti yang sia-sia serta melalaikan, dia akan menjadi dewasa dalam keadaan yang lesu dan langsung tidak menyumbang apa-apa kepada negara. Lebih-lebih lagi, menjadi sampah sehingga menyusahkan ibu bapa dan masyarakat.

Menyedari betapa pentingnya remaja hari ini sebagai penggerak masa depan, buku ini diterbitkan sebagai panduan kepada ibu bapa dalam mendidik anak remaja. Juga panduan buat remaja itu sendiri dalam memastikan dirinya dapat membolosi setiap cabaran dan fitnah yang muncul dalam hidup mereka. Mudah-mudahan buku ini menjadi panduan yang berguna untuk mendidik remaja Islam agar menjadi insan yang berjaya dan bertakwa kepada ALLAH.
MESTI BACA
    KALENDAR