al-imam al-syafi'i
Penulis :Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Kategori:
ISBN : 967-86-0266-0
Halaman: 118
Berat :150 gram
RM 5.00
SINOPSIS
AL-IMAM AL-SYAFI''''''''''''''''I adalah seorang ulama yang warak dan sentiasa berfikiran terbuka untuk ''''''''''''''''meninggalkan'''''''''''''''' pendapatnya jika terjumpa hadith sahih. Beliau dianggap sebagai mujaddid pada kurunnya kerana telah membuat pembaharuan dalam bidang usul al-Fiqh. Sebab itu, ramai di kalangan umat Islam di Malaysia memilih untuk berpegang pada Mazhab Syafi''''''''''''''''i.

Namun, sikap tidak bertanggungjawab beberapa pihak telah mengakibatkan imam besar itu disalah anggap. Beliau sentiasa menyuruh agar pengikutnya meninggalkan pendapatnya jika bertentangan dengan nas. Tetapi, ada pengikutnya pula mengambil langkah mewajibkan orang lain berpegang pada mazhabnya dan melarang bertukar mazhab, tidak kira menyamai atau menyanggahi nas. Selain itu, terdapat beberapa pihak yang jahil cuba memfitnah beliau dengan sesuatu yang beliau sendiri tidak tahu,

Buku ini bertujuan menyedarkan masyarakat umum yang sebelum ini sewenang-wenangnya menyandarkan sesuatu pendapat kepada imam besar itu. Lebih buruk lagi, ada yang menyandarkan kepadanya sesuatu pendapat yang amat bertentangan dengan arahan beliau.

Diharapkan dengan terbitnya buku ini, umat Islam akan lebih jauh mengenali siapa itu al-Imam al-Syafi''''''''''''''''i, manhajnya dalam fekah dan akidah serta sumbangannya dalam dunia Islam.
MESTI BACA
    KALENDAR