lebih mudah faham al-quran

SHAH ALAM - Karya Bestari Sdn Bhd (Karya Bestari) tampil dengan judul terbaharu, al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk yang kini semakin mendapat sambutan masyarakat.

Editor Kanannya, Mohamad Amiro Safwan berkata, al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk ini adalah versi terbaharu al-Quran Ar-Riyadh yang diterbitkan tahun lalu.

Beliau berkata, sambutan diterima terhadap naskhah al-Quran yang disertakan dengan terjemahan perkata sangat memberangsangkan menyebabkan pihaknya bersetuju untuk membuat beberapa pembaharuan menerusi al-Quran ini.

“Dalam edisi baru ini, kita membuat ceraian terhadap naskhah al-Quran dengan mengasingkan setiap juzuk dalam naskhah berbeza. Al- Quran ini seiras dengan al-Quran Waqaf Ibtida’ Perjuzuk yang diterbitkan pada Mei lalu.

“Bagaimanapun dalam edisi ini, dari segi kandungannya kita tambah terjemahan keseluruhan yang berada di bahagian tepi setiap muka surat.

“Sebagaimana al-Quran Riyadh, kita juga sediakan terjemahan perkata bagi memudahkan pembaca memahami setiap kalimah dengan lebih mudah. Setiap kalimah dan maknanya dibezakan dengan blok warna secara berselang seli iaitu warna hitam dan kuning emas (gold),” katanya memberitahu Karya Bestari merupakan penerbit pertama menerbitkan al-Quran terjemahan perkata secara perjuzuk.

Selain itu, Amiro berkata, al-Quran Ar-Riyadh Perkata Perjuzuk ini turut dilengkapi dengan panduan tajwid berwarna serta panduan tanda waqaf dan tanda bacaan dalam al-Quran untuk membantu pengguna.

“Malah kita turut memberi peluang pembaca yang lebih selesa menggunakan kertas putih dalam penerbitan terbaru kali ini.

“Kini kita gunakan kertas putih yang berkualiti bagi mengurangkan bayangan ayat di muka surat belakang. Secara tidak langsung, ia mengurangkan kekeliruan berkaitan tajwid berwarna terutama bagi golongan berusia,” katanya.

Katanya, produk ini turut didatangkan khas dengan kotak serta tiga warna menarik iaitu biru, ungu dan hijau.

Menurutnya, ia juga didatangkan dengan saiz B5 yang sesuai untuk semua golongan pembaca dan setiap naskhahnya yang ringan, menarik dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana.

“Tujuan kita asingkan setiap juzuk untuk memudahkan pengguna membawa al-Quran ke mana-mana. Secara tidak langsung, ia mampu menyuburkan suasana dan keinginan untuk menjadikan al-Quran pembacaan waktu santai di mana-mana sahaja.

“Apa yang lebih penting, orang ramai tidak perlu gusar atau ragu kerana keseluruhan al-Quran terbitan Karya Bestari termasuk al-Quran Ar-Riyadh Perjuzuk ini sudah melalui semakan dan diluluskan oleh KDN menerusi Lajnah Tasheh al-Quran," katanya.

Harga bagi al-Quran Ar-Riyadh Perkata Perjuzuk adalah RM85 bagi semenanjung, manakala RM88 bagi Sabah Sarawak.

Dapatkan juga secara online di http://karyabestari.karangkraf.com/InfoBuku/9789834334253/al-quran-terjemahan-per-kata---riyadh-perjuzuk

(Petikan dari Sinar Online, 20 September 2017 http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lebih-mudah-faham-al-quran-1.733111)

KALENDAR