Wajib Tonton! 10 Filem Terbaik Yang Memberi Inspirasi

Selain buku, filem juga menjadi salah satu alternatif untuk menginspirasi dan memotivasikan diri dalam menjalani kehidupan yang mengcengkam hari ini.

Dengan menonton filem minda akan lebih terbuka. Pandangan pula tidak hanya terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Malah idea-idea segar juga akan semakin bercambah. Filem membuatkan kita mempelajari banyak perkara sepanjang cerita yang dimainkan. Malah melalui cerita itu jugalah akan mencipta semangat baru yang sekian lama hilang dalam diri.

Jom kita semak 5 filem tersebut!

1) Rudy & Habibie


adalah salah satu film yang diangkat daripada kisah benar. Film ini mengisahkan tentang kehidupan seorang mantan Presiden RI, Bacharuddin Jusuf Habibie. Habibie adalah seorang genius dalam bidang teknologi. Bahkan mempunyai impian besar, iaitu berbakti kepada tanah airnya dengan membuat kapal terbang untuk menyatukan Indonesia.

Meskipun perjalanan menggapai impian itu tidak mudah dan sering diwarnai dengan pelbagai onak dan duri tetapi ia tetap berjaya memotivasikan sesiapa sahaja yang menontonnya.

Di sebalik kisah cinta Ainun dan Habibe mampu membuatkan setiap pasangan cemburu- kerana mahu menjadi seperti mereka berdua. Dan secara keseluruhannya, filem ini mengajar kita satu perkara penting iaitu setiap impian yang dilakar harus dibayar dengan sebuah pengorbanan. Yang pasti pengorbanan itu berhasil dengan adanya sesuatu yang bernama usaha!

2) Sundul Gan: The Story of KASKUS

Sundul Gan: The Story of KASKUS adalah film yang diangkat daripada kisah benar daripada dua orang berpengaruh di atas kewujudan KASKUS, iaitu Andrew dan Ken. Kedua-duanya merupakan saudara sepupu yang berkerja kuat untuk merealisasikan impian mereka.

Kehebatan kedua-dua figura itu telah menjadikan KASKUS sebagai sebuah website forum yang memiliki jutaan pengguna di Indonesia. Dalam masa sama, hari ini laman sesawang itu juga telah berjaya meraih puluhan ribu dollar berbanding modal awal penubuhannya ialah sebanyak 7 dollar sahaja!

3)  The Pursuit of Happyness

Film ini menceritakan kisah yang dialami Chris Gardner, seorang gelandangan dan kemudian bertukar menjadi seorang lelaki yang berjaya di Amerika Syarikat sebagai seorang pengusaha, investor, pemilik jual beli saham, motivator juga penulis.

Menonton filem ini akan menyebabkan kita akan mengakui bahawa kejaiban akan wujud bagi orang yang berusaha.

4) Race


Merupakan film berdasarkan kisah benar atlet kulit hitam Amerika Syarikat, Jesse Owens. Film ini menceritakan mengenai sebuah keberanian, kelapangan hati dan ikatan persahabatan antara Jesse Owens dan juru latihnya, Larry Snyder.

Owens yang sentiasa berimpian untuk menjadi seorang atlit sukan di medan Olimpik. Lantas Owens membuktikan bahawa orang kulit hitam juga mampu berada di persada dunia. Dan akhirnya Owens berjaya membawa impiannya itu menjadi sebuah kenyataan.

5) Sang Pencerah


Film ini berkisar tentang ranjau dan onak seorang lelaki bernama Ahmad Dahlan yang memperkenalkan wajah Islam yang moden, terbuka serta rasional di dalam kampungnya sekembalinya beliau dari Mekah.

Perubahan yang dibawa itu menyebabkan beliau dipandang serong dan dianggap pelik oleh penduduk setempatnya yang sekian lama berpegang teguh dengan ajaran Islam nenek moyang tanpa apa-apa perubahan yang realistik.

Dalam film ini, Ahmad Dahlan tidak hanya menginspirasikan penduduknya dengan kegiatan menyatupadukan antara Indonesia dan Kot Belanda akan tetapi kisah ini turut mengajar kita untuk ambil peduli antara satu sama lain, menyantuni fakir miskin dan mempedulikan pendidikan anak-anak.

 


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA