Mahu Umur yang panjang dan berkat? Jalani 6 tips ini sepanjang hidup.

Cari dan rebutlah pahala dalam setiap amalan seharian kita seperti ketika makan, minum, tidur, berkerja, bermuamalah sesama makhluk, memberi dan menjawab salam, mendoakan orang yang bersin dan memaafkan orang lain. Semua ini jika diniatkan ikhlas untuk mendapatkan redha Allah SWT, maka ia diganjarkan pahala yang tidak terhingga.

Cuba bayangkan setiap aktiviti harian kita mendapat pahala. Alangkah berutungnya dan berkatnya usia kita tanpa sedikitpun dicalari dengan kederhakaan kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Antara tips memperoleh umur yang panjang dan berkat juga adalah:

1. Menyambung Silaturahim

“Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung kerabatnya.” (Riwayat Bukhari)

2. Berbuat Baik Kepada Jiran

“Silaturahim, akhlak yang baik, dan berbuat baik kepada jiran dapat memakmurkan negeri serta menambah umur.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Solat Berjamaah Di Masjid

“Solat berjamaah di masjid lebih utama daripada solat sendirian dengan ganjaran dua puluh tujuh pahala.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berada Dalam Majlis Ilmu

“Sesiapa pergi ke masjid yang tujuannya untuk belajar kebaikan atau mengajarkannya, maka dia mendapatkan pahala orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (Riwayat at-Tabrani)

5. Umrah Pada Bulan Ramadan

“Umrah pada bulan Ramadan sama dengan berhaji bersamaku.” (Riwayat Bukhari)

6. Berdakwah di Jalan Allah SWT

“Barang siapa yang menyeru kepada petunjuk Allah, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun.” (Riwayat Muslim)

7. Menghidupkan Lailatul Qadar

Ibadat pada malam ini menyamai dengan pahala ibadah lebih kurang 83 tahun.

“Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (al-Qadr : 3)

Banyak sekali amal yang boleh memberkati dan memberi nilai tambah kepada usia kita. Apa yang dinyatakan tadi hanyalah sebahagian kecil sahaja untuk panduan pembaca.

Usah bertangguh lagi. Ayuh manfaatkan usia kita yang masih berbaki ini. Persiapkan usia kita dengan merebut sebanyak-banyaknya ketakwaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT. Semogadi akhirat nanti kita tidak tergolong di kalangan orang-orang yang menyesal dan rugi.


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA