LEMBU PUN TIDUR

Semua manusia tidur. Orang Islam tidur, orang Nasrani tidur dan orang Yahudi pun tidur. Kambing, lembu dan haiwan di hutan pun tidur.

Hampir 1/3 daripada hidup kita dihabiskan dengan tidur. Tapi tidur orang beriman di sisi Allah dicatat sebagai ibadat, iaitu dengan mengikut adab-adab tertentu.

Alangkah baiknya jika 1/3 daripada kehidupan kita dicatatkan sebagai ibadat dalam buku amalan kita kelak. Untuk tidur kita dikira sebagai ibadat, ia perlulah mengikut sunnah dan adab yang diajar oleh Rasulullah SAW. Antaranya:

- Tidur dalam keadaan berwuduk (sama seperti wuduk untuk solat).

- Baca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Nas dan ayat Kursi sebelum tidur.

- Berniat untuk bangun tahajjud.

- Lapangkanlah dada memaafkan orang di sekeliling kita.

- Baca doa sebelum tidur seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Sebenarnya kita sudah biasa mendengar berkenaan sunnah dan adab hendak tidur, cuma kita sahaja yang tidak mengamalkannya. Sesuatu ilmu itu bukanlah hanya sekadar pengetahuan tetapi ilmu itu untuk diamalkan dalam kehidupan. Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa berbuah.

Banyak tidur, banyak makan, banyak bercakap - kita akan hilang banyak kebaikan dalam kehidupan.


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA