JAKARTA GUE DATANG!

Sebut sahaja indonesia pasti terbayang tentang keindahan panorama pantai di daerah Bali. Itu belum lagi tempat-tempat yang dikatakan sebagai syurga membeli-belah yang popular bertempat di Bandung. Jika jiwa yang cenderung berada di tempat tenang pasti akan memilih daerah Sumatera Barat untuk menikmati keindahan Danau Maninjau yang saujana mata memandang.

Oh, bagi yang familiar dengan sejarah HAMKA pula, tidak akan melepaskan peluang untuk singgah di rumah kelahiran Buya Hamka yang terletak tidak jauh dari Danau Maninjau. Alangkah seronoknya membilang nostalgia saat berada di situ.  

Yang disebut ini ialah adalah daerah-daerah yang sering dikunjungi oleh kebanyakan pelancong dari seluruh negara untuk menikmati keindahan negara bendera merah putih ini. Bagaimana pula dengan ibu kota negara Indonesia iaitu Jakarta? Apa yang menarik di daerah itu?

Ayuh kita lihat apa yang istimewa di kota macet itu.

1) Taman Wisata Alam Angke Kapuk

 

Jakarta tidak hanya pesat dengan bangunan dan macet sahaja tetapi turut memiliki panorama cantik alam semula jadi yang mampu menggembirakan jiwa pengunjung. Berkeluasan 9982 hektar, kehijauan kawasan paya bakau di Taman Wisata Alam Angke Kapuk ini adalah seluas pemandangan.

 

2) Setu Babakan

Setu bermaksud tasik. Setu Babakan merupakan tasik buatan manusia yang diwujudkan oleh kerajaan Jakarta sebagai tempat pengumpulan air semulajadi yang didatangkan dari Sungai Ciliwung.

Sekiranya berkesempatan singgah di sini, anda akan berpeluang untuk melihat masyarakat Betawi yang ada menjadi penduduk setempat di situ. Selain itu anda juga akan disajikan dengan persembahan seni kaum Betawi seperti tarian Topeng, tarian Cokek, seni Gambus, Ondel-ondel, Gambang Kromong dan lain-lain.

 

3) Pulau Bidadari

Hanya memakan masa 30 minit sahaj untuk ke tempat ini dari daratan. Jadikan ini salah satu pulau untuk dilawati. Ok?

4) Pulau Tidung

 

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sekitar pulau ini adalah bermain jet ski, menaiki banana bot, berkanu dan lain-lain.

5) Kepulauan Seribu

Kepulauan Seribu sebenarnya merupakan gugusan 108 buah pulau yang berada di dalam lingkungan 45 km ke utara Jakarta. Betapa minda akan terasa tenang sebaik menjejaki tanah yang tidak tercemar oleh pesatnya arus kemodenan.

Untuk menikmati lebih banyak tempat menarik lain di Jakarta boleh dapatkan buku ini sebagai panduan untuk anda explore lebih banyak tempat di Jakarta. Selain dapat mengenali budaya orang Indonesia dengan lebih dekat ketika berada di sana, anda juga tidak akan ketinggalan untuk mencuba pelbagai makanan enak, gurih dan pass. 

Ayuh, berlibur di Indonesia!

BUKU BERKAITAN

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA