BAKAL HAJI, ANDA WAJIB BACA PANDUAN INI UNTUK MENDAPAT HAJI MABRUR

Kita semua mahu pergi haji walaupun sekali untuk seumur hidup. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke Baitul Haram, pasti ingin mengulanginya kembali.

Auranya seakan tidak pernah hilang dalam diri. Setiap masa memanggil-manggil untuk kembali bersujud di kaki Kaabah.

Tahniah diucapkan kepada tetamu Allah yang terpilih untuk ke tanah suci tahu ini. Semoga beroleh haji yang mabrur. Bagi yang belum direzekikan untuk ke sana, teruskan berdoa semoga suatu hari nanti kaki kita pula yang bakal berdiri di hadapan rumah Allah.

Buku-buku terbaik ini boleh dijadikan panduan bagi yang bakal berhaji dalam masa terdekat, dan pada masa sama menjadi bacaan santai kepada bakal tetamu haji untuk tahun yang akan datang.

 

1) BAITULLAH AKU DATANG

 

Mengenai kisah kembara anak muda yang mencari erti sunnah melalui ibadat haji. Kembara ini berasaskan kepada kisah benar melalui pengalaman penulis ketika berada di tanah suci. Secara keseluruhannya, buku ini mengajak pembaca untuk mengutamakan yang afdal dan aula dalam beramal ketika berada di tanah suci.

  • DOA DAN ZIKIR HARIAN RASULULAH

 

Naskhah ini merupakan himpunan doa dan zikir harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Ia diambil daripada hadith-hadith yang sahih dan meliputi semua aktiviti harian. Dilengkapi juga dengan fadilatfadilat doa yang khusus agar kita lebih menghayati dan bermotivasi untuk sentiasa berdoa.

  • CERITA DARIPADA MUTAWIF

 

Himpunan kisah-kisah benar yang dialami oleh para tetamu ALLAH SWT sewaktu menunaikan haji dan umrah di Makkah serta ziarah di Madinah. Perkongsian daripada insan yang berpengalaman hampir 40 tahun dalam pengurusan haji dan umrah ini, bukan bertujuan untuk mendedahkan keburukan yang menimpa jemaah atau memberi pujian kepada jemaah yang dipermudahkan urusan oleh-NYA. Namun, ia sekadar untuk memberi iktibar kepada semua Muslim agar berhati-hati dengan percakapan dan perbuatan di samping memiliki ilmu yang mantap jika hendak beribadah di Makkah.

BUKU BERKAITAN

ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA