Meniti Mencari Illahi

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Rahmat Allah Sentiasa mencari hamba-Nya yang sentiasa berharap pada pada-Nya. Ini jelas tatkala kita tenggelam dalam lembah yang dalam dan jauh dari rahmat Allah SWT tidak semestinya kita akan terus sesat dalam mencari jalan pulang.

Kenapa perlu kita berputus asa dalam mencari rahmat Allah? Sedang Allah tidak pernah jauh dari setiap hati hambanya. Yang menjadi persoalan adakah kita sudah cukup usaha mencari jalan pulang dari hutan kegelisahan yang membalut setiap hati kita.

Setiap ada sesuatu mesti ada kebaikan padanya. Carilah walau perlu berjalan seribu batu jauh, walau perlu mendaki seribu kaki tinggi kerana rahmat Allah tidak pernah jauh dari hamba-Nya.

Tatkala kita diuji pasti ada kebaikan yang menanti. Dosa yang jijik menjadi bersih dan suci mendapat keampunan dalam pada sabar diuji. Ganjaran yang diberi tidak pernah menghampakan hamba yang mengharap diri diampuni.


ARTIKEL MESTI BACA
ANDA MUNGKIN SUKA