ATAS TERTUTUP, BAWAH TERBUKA

“Pakai aje tudung labuh, tapi mulut suka mengumpat.

“Janggut macam pak sheikh, tapi sikap dengan anak macam Firaun.

“Kopiah atas kepala, tapi kerja malas.

Itulah beberapa rungutan yang sering kita dengar dalam masyarakat sekeliling. Fitnah kepada Islam dek kerana pakaian. Allah telah menurunkan ayat 26 Surah al-A’raf sebagai peringatan agar perkara ini dapat dielakkan.

“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan sebagai perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa. Itulah sebaik-baik pakaian…”

Allah mengajarkan kepada kita untuk menjadikan takwa sebagai pakaian dalam kehidupan. Perhiasan hidup kita terletak kepada ketinggian nilai takwa diri masing-masing. Ada golongan yang terlalu takjub dengan cara berpakaian. Begitu teliti dan sangat mementingkan imej keislaman tetapi hanya dalam aspek berpakaian sahaja. Sebagai contoh, saya ada seorang rakan yang pernah mengadu tentang isterinya.

“Aku hairan betul dengan isteri aku. Setiap kali keluar rumah, dia sangat peka dan sensitif untuk memakai sarung kaki. Katanya, ini aurat wanita dan lambang keperibadian Muslimah. Tapi dalam banyak keadaan, isteriku selalu meyakiti hati aku walaupun aku suaminya. Dalam hal ketaatan dengan suami pun dia tidak peka pulak.”

Ini tidak bermakna kita mengabaikan etika pemakaian yang Islamik. Itu juga sebahagian daripada akhlak dan adab dalam Islam. Tapi yang lebih utama daripada itu adalah menjadikan nilai takwa sebagai pakaian diri setiap Muslim. Ini bermakna setiap Muslim menjadikan nilai amanah, benar, kesungguhan dan akhlak mulia dalam pergaulan sebagai imej serta identiti mereka. Bukannya bersandarkan kepada pakaian luaran semata-mata.

BUKU BERKAITAN

    ARTIKEL MESTI BACA
    ANDA MUNGKIN SUKA